Info Emas

Soal Jawab Zakat Emas



1) Berapa nilai gram emas yang diwajibkan zakat?


Untuk emas perhiasan wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi 800 gram (kadar uruf semasa). Untuk emas bukan perhiasan wajib zakat apabila mencapai nisab 85 gram


2) Sekiranya saya mempunyai 86 gram emas simpanan, adakah saya perlu membayar zakat untuk 1 gram lebihan atau bayar emas yang 85 gram?


Wajib zakat ke atas keseluruhan 86 gram emas simpanan


3) Apakah contoh emas perhiasan dan emas bukan perhiasan?


Emas perhiasan = Emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan

Emas bukan perhiasan = Mata wang, jongkong, tempa, barang kemas (tidak dipakai melebihi setahun)


4) Jika si suami membeli emas perhiasan dengan niat untuk aset dan dipakai oleh si isteri, apakah jenis zakat emas yang dikenakan ke atas suami?


Zakat emas bukan perhiasan, kerana zakat emas perhiasan tidak dikenakan ke atas lelaki. Jika sekiranya si suami menghadiahkan emas itu kepada si isteri, dan si isteri mempunyai hak pemilikan sempurna keatasnya maka kewajipan zakat emas beralih kepada isteri dan si isteri wajib menunaikan zakat emas perhiasan


5) Isteri saya orang Terengganu, beli emas perhiasan di Terengganu tetapi tinggal di selangor. Adakah perlu ikut uruf Terengganu?

Kiraan uruf dan bayaran zakat adalah di negeri kita menetap. Jika di Selangor, maka tunai zakat di Selangor.


6) Ibu saya banyak emas perhiasan tapi dipegang oleh si A tanpa dipakai. Si A hilang dari radar dan tidak dapat dihubungi. Siapa yang perlu membayar zakat emas tersebut?

Si A wajib bayar zakat. Si ibu hanya bayar zakat atas emas yang ada padanya sahaja. Contoh hukum adalah seperti harta luqotah. Harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga, dan penemu tidak mengenali pemiliknya. orang yang jumpa harta tu yang perlu membayar zakat.


7) Suami menghadiahkan barang kemas emas kepada isteri yg tak bekerja (barang kemas menjadi hak isteri), siapakah yang perlu membayar zakat emas tersebut. Adakah suami atau isteri?

Isteri wajib membayar zakat emas perhiasan kerana syarat zakat adalah pemilikan sempurna. Jika isteri tidak mempunyai duit untuk membayar, maka suami perlu membayar bagi pihak isteri.

Jika saya mempunyai emas dalam bursa gold dinar yang belum ditebus, adakah wajib dizakat?

Selagimana mempunyai pemilikan sempurna (boleh dijual atau ditebus bila-bila masa) maka wajib bayar zakat


9) Zakat emas perlu dibayar sekali seumur hidup atau setahun sekali?


Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menetapkan bahawa zakat emas perhiasan dan zakat emas bukan perhiasan perlu ditunaikan setiap tahun, kerana salah satu syarat wajib zakat ke atas emas adalah cukup haul (setahun)

10) Untuk pengiraan zakat emas perhiasan & bukan perhiasan, adakah menggunakan harga emas yang sama walaupun emas bukan perhiasan mempunyai ketulenan 22k & 24k?


Bayar harga emas berbeza mengikut ketulenan dengan merujuk di sini: https://www.zakatselangor.com.my/info-terkini-nisab-emas.../


11) Jika ibu telah meninggal dunia, adakah zakat emas si ibu wajib dibayar oleh anak?


Sekiranya si ibu telah meninggal dunia tanpa sempat menunaikan zakat emas, maka anak-anak perlu menunaikan qada zakat emas si ibu sekiranya memenuhi syarat wajib zakat.


12) Si kakak memberi pinjam emas perhiasan kepada adik-adiknya untuk dipakai, siapakah yang perlu membayar zakat emas perhiasan?


Tanggungjawab berzakat adalah kepada si kakak, kerana merupakan pemilik kepada emas tersebut. Si Kakak perlu kira semua emas perhiasan yang dipakai dan diberi pinjam, jika jumlahnya melebihi uruf maka wajib zakat


13) Bagaimana jika saya mengumpul emas simpanan yang cukup nisab tetapi tidak cukup wang untuk bayar zakat emas?


Masih tertakluk kepada syarat wajib zakat kerana cukup nisab. Maka perlu menukar beberapa keping emas simpanan kepada bentuk wang untuk menjelaskan zakat emas simpanan.

Sucikan harta dengan berzakat di:

https://fpx.zakatselangor.com.my

#zakatselangor#emas#zakatemas#kutipan

Terus ikuti kami di platform media sosial rasmi LZS;

FB & IG: @zakatselangor

X: @zakatselangor

Youtube: ZakatSelangor

Tiktok: @zakatselangor


SUMBER ZAKAT SELANGOR

6/11/2025


Call nowLokasi Kaunter KhazanahHarga Emas hari iniFor Sale